Contoh Cover Letter Mohon Kerja

Anda cari contoh cover letter email untuk rujukan memohon vacancy yang iklannya meminta resume dihantar melalui email? Terlebih dahulu, anda tahu apa itu Cover Letter? Cover letter ialah dokumen yang dihantar bersama-sama dengan resume kerja bagi memohon sesuatu pekerjaan. Cover letter ialah  summary atau penambahan daripada resume anda contohnya skill, kelayakan dan kebolehan special.

Jika anda mencari pekerjaan atau vacancy di mana-mana medium contohnya di website cari kerja, surat-khabar dan sebagainya, anda mesti pernah melihat iklan tersebut mahukan anda menghantar butiran peribadi atau resume anda melalui email. Walaupun, biasanya, iklan tersebut cuma menyatakan supaya anda menghantar resume dan tidak menyebut tentang Cover Letter, tetapi cover letter sebenarnya sangat penting untuk anda menarik perhatian human resources atau pihak company yang anda minta kerja.

Tips untuk menghantar resume online dan membuat Cover Letter by email ialah dengan menulis sedikit ringkasan dan penekanan terhadap kelayakan, pengalaman, skills dan apa-apa yang istimewa pada anda. Anda tidak digalakan menghantar cover letter melalui email dengan panjang, jika anda ada banyak yang hendak ditulis, anda boleh attachkan Cover Letter yang lebih detail beserta dengan resume dalam email anda.

Contoh Cover letter Email untuk memohon kerja dan menghantar resume melalui email.

LEE CHUNG WEI
No. 5777, Taman KakiPromo
454567, Bukit Beruang,
Melaka.

___________________________________________________________________________________________________

Human Resources Manager,
Malacca Energy Sdn Bhd,
4th Floor, Wisma KPromo,
Jalan Hang Tuah,
454557, Melaka                                                                                         5 JANUARY 2015

Dear Sir,

APPLICATION FOR ASSISTANT ENGINEER POST

Your advertisement for the post of Assistant Engineer in Kakipromo.Com caught my attention.With all my respect, I wish to apply for the above position.I am a diploma holder in Electronic Engineering from Politeknik Shah Alam. I have been seeking just such an opportunity as this, and I think my education background and your requirements may be a good match.I believe my qualification; experiences and technical knowledge in engineering field will help me to contribute a great deal for your company. 

I have one year working experience at Solar Malaysia Sdn. Bhd as a technician in which the main task is to maintenance activities. In addition to that, I also gone through 5 month industrial training at Radio Television Malaysia (RTM) under Engineering department  and I got the excellent result for my Industrial training. 

I am motivated, hardworking and team player and can contribute to the company and also able to work under pressure and meet tight deadlines. This job interests me because it suits my qualification and i can use my knowledge and skill that i gained before. I also willing to learn new things to improve my skill and help me to do a better job.

I hereby enclose my resume for your reference and please feel free to contact be if you need more detail. Thank you for your consideration to my application. I certainly look forward to exploring this opportunity further.

Yours Sincerely,

LEE CHUNG WEI
901010-11-4545
[email protected]
Tel: 016-23232323

Jika anda merasakan Cover Letter email yang anda buat terlalu ringkas, anda digalakan untuk attachkan Cover Letter yang lebih detail bersama-sama dengan resume kerja anda.

*** DAPATKAN FORMULA RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN 2015 DI SINI ***

Tags:apa itu Cover Letter, Contoh Cover letter Email, Cover Letter by email, Cover Letter Resume, hantar resume email

Contoh Surat Permohonan Kerja Kosong Yang Mudah Dan Simple | Berikut disertakan contoh surat minta atau mohon kerja (application letter) dalam Bahasa Malaysia yang mudah dan simple untuk panduan semua. Moga panduan surat mohon kerja kosong yang simple ini dapat membantu pencari kerja jawatan kosong dalam mendapatkan jawatan pekerjaan yang diinginkan.

CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 1

Pengarah, Sumber Manusia 
Jabatan Kesihatan Daerah 
Daerah Kuala Berang 25600, 
Kuala Berang, 
Terengganu                                                                                                    20 Januari 2015

Tuan/Puan, 

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA 

Perkara di atas dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan. 

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2014. 

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap. 

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih. 


Yang benar. 


........................................
SALMIAH BINTI AHMAD



CONTOH SURAT PERMOHONAN KERJA 2

Marina Binti Malek
No. 22279, Perumahan Rakyat, 
Kampung Paya Baru, 
71000, Port Dickson, 
Negeri Sembilan 

__________________________________________________________________________ 

Penolong Pengarah Perjawatan
Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia 
No. 2&4, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara, 
Bukit Damansara, 
50490, Kuala Lumpur 

Tuan/Puan, 

PERMOHONAN UNTUK JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PEJABAT 

Merujuk perkara di atas, saya Marina Binti Malek (831203-03-5666) dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Pejabat di organisasi Tuan/Puan sepertimana yang telah di iklankan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dalam sebuah akhbar tempatan. 

2. Untuk makluman Tuan/Puan, saya memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan Juru Kira di Kimia Enterprise Port Dickson. Saya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam urusan pentadbiran pejabat. Jawatan ini merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk mencari dan memohon jawatan secara tetap di organisasi Tuan/Puan. 

3. Saya juga mempunyai kemahiran dalam menggunakan komputer dan mahir dalam membuat surat menyurat. Saya juga merupakan seorang individu yang sentiasa berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang saya ceburi. 

4. Pengalaman saya dalam bidang pengkeranian ini telah banyak mengajar saya bagaimana untuk bekerja lebih efisyen dan efektif serta membantu saya membina hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza. 

5. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan, saya juga menyertakan butiran peribadi yang lebih terperinci serta lamipran sijil-sijil yang telah disahkan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya juga memohon agar Tuan/Puan menghubungi saya di talian 017-2.......8 bagi mendapat tahu prospek dan peluang saya untuk berkerja di salah sebuah organisasi kebajikan yang sangat prihatin kepada masyarakat. 

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak Tuan/Puan. Keprihatinan Tuan/Puan terhadap perkara ini amat saya hargai. 

Sekian, terima kasih. 
Yang benar.
...................................... 
( MARINA BINTI MALEK ) 
8......3-03-5888
017-28.......8

19 SEPTEMBER 2014
 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

One thought on “Contoh Cover Letter Mohon Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *